August 17, 2012

Bas.. Ohh.. Bas..

Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi.. Syawal bakal menjelang.. Lagu raya pun sudah mula berdendang.. Alahai syahdunya.. Kadang- kadang bila awak bukak jer radio, ada ler lagu raya kedengaran.. Kena pula lagu Dendang Perantau P.Ramlee, Cahya di Aidilfiri Jatt BDB, koyak dada rayanya.. Dah boleh nampak semangat raya terpancar terang benderang di muka rakyat malaysia nih.. Ramai ler orang mula tak tentu arah nak sambut raya.. Macam- macam persiapan dibuat.. Dari ujung rambut sampai ke hujung kaki, semua nak baru.. Biasanya budak-budak ler yang paling seronok tak ingat.. Yang si bapak pulak dah letak tangan atas kepala tak lena tido memikirkn budjet raya.. Yang si mak nya, abis semua langsir diruntuhkan, tanda isyarat bendera langir baru akan dikibarkan.. Semua rumah macam dah masuk rancangan Deco bersama Eric Ling dah".. "Tadaaaa... Kejut ker?"

August 10, 2012

Karut.. Asal Usul..

Dalam kehidupaan aku, dari kecil hingga la besar.. Banyak persoalan yang aku timbulkan dalam diri minda aku.. Kenapa macam nie, kenapa macam tue, boleh ker macam nie, eii macam nie pun boleh ker dan bermacam-macam lagi.. Dah macam budak kecik baru dapat mulot.. Semuanya nak tahu.. Dalam otak penuh dengan tanda soal? seru! dan bila titik ... Mulut pun berkata "Owhh".. Maknanya dah paham la tue.. Sebenarnya aku bukanlah seorang yang merumitkan.. Dan aku juga bukanlah mamat-mamat yang di luar sana yang selalu berpikiran melayang-layang membayangkan sesuatu yang indah-indah.. Kadang-kadang tidak boleh dicapai diakal pun nak pikir, sehingga akhirnya masa terbuang mulot ternganga, air liur meleleh.. Tapi jika diambil dari sudut berbeza, berimiginasi boleh menjadi sesuatu benda yang bagus kalau digunakan dengan betul dan ditempat yang betul.. Dan yang jelas sekali aku tak suka matematik.. Jadi takdalah merumitkan sangat aku ni kan..

July 27, 2012

Ilmu.. Muda dan Tua..

Salam Bahagia.. Ceritanya harinie aku nak kongsi sikit cerita pasal ilmu.. Persoalan pertama.. Berapa banyakkah ilmu ada didunia ini? Biar aku jawap sendiri dan aku terjemahkan mengikut pengetahuan aku.. Dan esei ini adalah untuk tatapan sahaja.. Jika ia berilmu dan berguna ambil lah pengajaran.. Jika seperti tiada mamfaat "Anda Dipersilakan ke Blog lain.. Ok".. Bagi aku ilmu adalah sesuatu yang terlalu luas untuk diceritakan.. Bak kata omputih "INFINITY Lah".. Ilmu boleh didapati dimana-mana sahaja didunia ini.. Kecenderungan untuk mempelajari ilmu adalah tidak terbatas.. Ia bukan sahaja boleh dipelajari dan difahami dengan hanya melihat, mendengar dan merasa.. Malah lebih hebat lagi dalam mimpi pun boleh mempelajari ilmu.. Jika ditutup salah satu atau dua deria dari tiga deria itu tadi, ilmu tetap boleh mempelajari.. Aku yang membaca serta memikirkan dari sudut yang berbeza dalam memahami ilmu itu sendiri, Jika pokok-pokok didunia ini diambil menjadi pen sebagai alat untuk menulis, dan ilmu itu adalah seperti lautan yang menjadi dakwatnya..

July 25, 2012

Hym365sx Dan Aku..

Hari nie hari ketiga berpuasa.. Semua berjalan dengan lancar.. Cuaca pun tak berapa panas.. Seronok betul berpuasa.. Petang tadi sempat la aku pergi bazar beli makanan.. Macam-macam orang menjual.. Sampai je, tak tahu apa aku nak beli.. Dari kuih-muih sampai la ke lauk.. Macam-macam ada.. Last-last bihun sup, pulut panggang dan tembikai jadi aku punya hidangan berbuka.. Kalau pergi jer bazar, aku lebih suka belikuih-muih.. Kuih tradisional yang jarang kita jumpa.. Tak nak la aku bagi contoh-contohnya.. Karang lainpulak yang jadi.. Lepas jer berbuka.. Fresh betul rasanya.. Lapar tu tidak la sangat.. Tapi air jer lebih.. Dimulakan dengan doa dengan pembukaannya adalah dua biji kurma dan segelas sirap.. Huh menyegarkan.. Lepas berbuka, solat maghrib berjemaah dengan keluarga serta bertawarih.. Pukul 9 lebih naiklah aku keatas.. On laptop.. Dengan semangat yang seperti yang dibakar dan dipenuhi idea yang berbagai-bagai..

July 22, 2012

Eii..Klik.. Apa Da Clicks...

Klik ker Click.. Tulis melayu la senang yee.. Apa dia Klik?.. Kes 1.. Selalunya perkataan klik adalah ayat tukar ganti bagi kumpulan, tak kira dari dalam alam persekolahan, university sehingga ke dunia seharian.. Dalam sesebuah komuniti, klik seperti dipisahkan dan memisahkan menjadi sebentuk kumpulan, yang dimana klik menjadi satu budaya, etika dan trend dimasa kini.. Di dalam klik mereka mempunyai satu permikiran, pemahaman, gaya, tutur bahasa yang sama dalam membentuk imej klik itu tadi, sehingga sukar difahami oleh orang sekelilingnya.. Dan disitulah terbentuknya identiti klik ini.. Didalam dunia mereka berkongsi makanan dari segi ilmiah, paparan, gambar, video, cerita dan lain-lain yang berkait rapat dalam dunia mereka.. Lihat sahaja masyarakat masa kini, pelbagai warna dan corak ditonjolkan oleh setiap individu, untuk  mencerminkan identiti klik yang dibawanya.. Klik ini tidaklah asing dalam kehidupan kita.. Malahan etika klik ini sudah pun dipaparkan dan diperkenalkan dalam kehidupan kita sejak dulu lagi..

July 20, 2012

Aku...Vespa Dan Dia : Bahagian 2

Masa berjalan sungguh pantas.. Detik demi detik.. Saat demi saat.. Hari ke hari.. Aku memperhatikan kejadian siang dan malam dengan penuh nikmat.. Pengalaman banyak memberi seribu erti dalam diri aku ini..
Bagaikan seorang graduan yang baru menamatkan pelajaran dari Universiti tesohor.. Setelah menjalani dan berada dalam satu proses pembelajaran yang agak panjang, seperti berada didalam Larva yang mempunyai dunianya tersendiri, diberi makan, diberi kasih sayang dan dijaga agar tidak rosak, akhirnya fitrah terjadi, lalu ia keluar dari Larva itu tadi, kemudian terbentuk menjadi seekor lebah cantik dan unik, Ia mengembangkan sayapnya supaya haba mengeringkan cepat sayapnya, hanya menunggu masa untuk terbang.. Begitu juga aku, mungkin semua orang diluar sana merasakan.. Cuma cara memahamkan dan menterjemahkan dalam kehidupan sahaja berbeza.. Dan pastinya aku bukanlah graduan yang aku sebut tadi.

July 18, 2012

Aku...Vespa Dan Dia : Bahagian 1

1)Cerita kali ini, aku nak cerita kan sedikit kisah sentimental dalam diri aku.. Cerita kenangan aku masa zaman kecik-kecik dulu jer.. Tajuknya Aku.Vespa Dan Dia... Wataknya Aku adalah aku, Vespa adalah Vespa dan Dia adalah insan istimewa yang aku panggil Abah.. Walaupun cerita ni dah hampir 20 tahun usianya.. Rasanya masih segar dalam ingatan dan akan aku ingat sampai bila-bila..
Vespa 150 Super.. Bernombor plat AN 6212.. Yang di tinggalkan oleh Abah aku kepada aku.. Tahun keluarannya 1946 oleh Piaggio & Co. S.p.A. of Pontedera, Italy.. Kalau dalam surat permilikan, Abah aku adalah pemegang ke-enam dan yang terakhir untuk Motor ini.. Sebab aku akan simpan Vespa nie sampai bila-bila.. Buat muzium..

Bila sebut jer Vespa, macam mana korang menterjemahkan motor nie ek? Apa persepsi korang tentang motor nie.. Seksi ker? Tang mana tue? Laju? Boleh lawan TZM tak.. Tak pun, ada tak korang rasa  macam naik motor berkuasa tinggi seperti Norton, Triumph atau Bsa.. Terpulang lah pada mata yang memandang dan memilikinya.. Perasaan yang aneh akan terbit bila anda menaiki motor yang usianya sebaya dengan bapak atau tok anda.. Mane tidaknya.. Kondisi enjin yang masih gagah di jalanan dan sturktur badan yang kukuh dan besi semata-mata.. Masih digunakan dikebayakan negara di Eropah dan Asia.. Seperti Perancis ,Italy, German dan Russia.. Dan tidak ketinggalan negara Asia yang pesat membangun, sehingga pihak Piaggio membina kilang sendiri di Indonesia, Thailand dan India bagi memasarkan produk kebanggaan dari Italy ini kepelusuk dunia..

July 14, 2012

Bila Mata Dah Panas...

Huhhhhhh.. Mata panas nie, pedih jer rasa.. Adoii.. Mesti macam- macam terlintas dekat dalam kepala otak korang kan.. Tapi sebenarnya cerita ni tidak ada kaitan langsung dengan perasaan marah, geram atau dendam kepada manusia sekeliling.. Cerita ini pasal cerita aku yang kekurangan tidur.. Kurang tidur satu hal la.. Peliknya banyak la pulak ilham time mata dah nk terpejam macam nie..Masa-masa macam nie ler dia ajak aku menaip.. Ada saja idea, datangnya macam bergolek-golek.. Kalau tidur nanti, hilang pulak ceritanya.. Baik aku tulis skit rangkanya dari aku hilang terus lena atas kerusi nie.. Boleh dikatakan di dalam seminggu dua nie, sejam- sejam jer aku tidur.. Tidur jaga, tidur jaga.. Dah macam Security Guard dah.. Sikit lagi lebam mata, dah boleh jadi Panda ler mata aku nie..

July 12, 2012

Buat Julong Kalinya....

Halowww...Salam bahgia..Sidang pembaca yang dirahmati...Harini punya cerita..Bio awk cerita sikit pasal serba sedikit kehidupan awak nie..Kate orang ler..Tak kenal maka tak cinta ye dak..Anda semua tengok ler gambo awak tue, kot- kot anda kenal ker..Mane la tahu kawan mase sekolah agama rakyat dulu ker ,sekolah rendah atau menengah..Cer tengok betoi-betoi kot-kot anda kenal ler..Kalau ada apa-apa boleh jer email atau sent message dekat cheak box tue..Nanti awak bace yek..Kehidupan awak nie idak ler sehebat mana pun untuk diceritakan, macam orang-orang senang kat luar sana tue..Awak ni kira level sederhana jer lah..Apa yang ada jer..Bio pape asal gaye kate orang teman..

Disini Bermulanya...

Hari ini dalam sejarah..Terbitnya blog yang bernama blog-karut...hahaha (mood happy giler)
Blog ini khas untuk pembaca-pembaca diluar sana yang suka membaca pelbagai jenis cerita..
Tak kesah la korang suka cerita dari jenis cerita humor ke, seram , sedih, apa aje cerita yang ada kat muka bumi nie akan awak selitkan dalam post nanti..Jadinya mcmnie la, apa-apa jer la yang terbit dari minda awak nie, akan awak luahkan dalam bentuk penulisan..Jadi mekeme (anda) semua stay tune kat blog-karut sebab semuanya akan bermula disini..yeahhhh!!

p/s : Awak = Saya @ Aku / dalam bahase perak yek..