August 17, 2012

Bas.. Ohh.. Bas..

Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi.. Syawal bakal menjelang.. Lagu raya pun sudah mula berdendang.. Alahai syahdunya.. Kadang- kadang bila awak bukak jer radio, ada ler lagu raya kedengaran.. Kena pula lagu Dendang Perantau P.Ramlee, Cahya di Aidilfiri Jatt BDB, koyak dada rayanya.. Dah boleh nampak semangat raya terpancar terang benderang di muka rakyat malaysia nih.. Ramai ler orang mula tak tentu arah nak sambut raya.. Macam- macam persiapan dibuat.. Dari ujung rambut sampai ke hujung kaki, semua nak baru.. Biasanya budak-budak ler yang paling seronok tak ingat.. Yang si bapak pulak dah letak tangan atas kepala tak lena tido memikirkn budjet raya.. Yang si mak nya, abis semua langsir diruntuhkan, tanda isyarat bendera langir baru akan dikibarkan.. Semua rumah macam dah masuk rancangan Deco bersama Eric Ling dah".. "Tadaaaa... Kejut ker?"

August 10, 2012

Karut.. Asal Usul..

Dalam kehidupaan aku, dari kecil hingga la besar.. Banyak persoalan yang aku timbulkan dalam diri minda aku.. Kenapa macam nie, kenapa macam tue, boleh ker macam nie, eii macam nie pun boleh ker dan bermacam-macam lagi.. Dah macam budak kecik baru dapat mulot.. Semuanya nak tahu.. Dalam otak penuh dengan tanda soal? seru! dan bila titik ... Mulut pun berkata "Owhh".. Maknanya dah paham la tue.. Sebenarnya aku bukanlah seorang yang merumitkan.. Dan aku juga bukanlah mamat-mamat yang di luar sana yang selalu berpikiran melayang-layang membayangkan sesuatu yang indah-indah.. Kadang-kadang tidak boleh dicapai diakal pun nak pikir, sehingga akhirnya masa terbuang mulot ternganga, air liur meleleh.. Tapi jika diambil dari sudut berbeza, berimiginasi boleh menjadi sesuatu benda yang bagus kalau digunakan dengan betul dan ditempat yang betul.. Dan yang jelas sekali aku tak suka matematik.. Jadi takdalah merumitkan sangat aku ni kan..

July 27, 2012

Ilmu.. Muda dan Tua..

Salam Bahagia.. Ceritanya harinie aku nak kongsi sikit cerita pasal ilmu.. Persoalan pertama.. Berapa banyakkah ilmu ada didunia ini? Biar aku jawap sendiri dan aku terjemahkan mengikut pengetahuan aku.. Dan esei ini adalah untuk tatapan sahaja.. Jika ia berilmu dan berguna ambil lah pengajaran.. Jika seperti tiada mamfaat "Anda Dipersilakan ke Blog lain.. Ok".. Bagi aku ilmu adalah sesuatu yang terlalu luas untuk diceritakan.. Bak kata omputih "INFINITY Lah".. Ilmu boleh didapati dimana-mana sahaja didunia ini.. Kecenderungan untuk mempelajari ilmu adalah tidak terbatas.. Ia bukan sahaja boleh dipelajari dan difahami dengan hanya melihat, mendengar dan merasa.. Malah lebih hebat lagi dalam mimpi pun boleh mempelajari ilmu.. Jika ditutup salah satu atau dua deria dari tiga deria itu tadi, ilmu tetap boleh mempelajari.. Aku yang membaca serta memikirkan dari sudut yang berbeza dalam memahami ilmu itu sendiri, Jika pokok-pokok didunia ini diambil menjadi pen sebagai alat untuk menulis, dan ilmu itu adalah seperti lautan yang menjadi dakwatnya..

July 25, 2012

Hym365sx Dan Aku..

Hari nie hari ketiga berpuasa.. Semua berjalan dengan lancar.. Cuaca pun tak berapa panas.. Seronok betul berpuasa.. Petang tadi sempat la aku pergi bazar beli makanan.. Macam-macam orang menjual.. Sampai je, tak tahu apa aku nak beli.. Dari kuih-muih sampai la ke lauk.. Macam-macam ada.. Last-last bihun sup, pulut panggang dan tembikai jadi aku punya hidangan berbuka.. Kalau pergi jer bazar, aku lebih suka belikuih-muih.. Kuih tradisional yang jarang kita jumpa.. Tak nak la aku bagi contoh-contohnya.. Karang lainpulak yang jadi.. Lepas jer berbuka.. Fresh betul rasanya.. Lapar tu tidak la sangat.. Tapi air jer lebih.. Dimulakan dengan doa dengan pembukaannya adalah dua biji kurma dan segelas sirap.. Huh menyegarkan.. Lepas berbuka, solat maghrib berjemaah dengan keluarga serta bertawarih.. Pukul 9 lebih naiklah aku keatas.. On laptop.. Dengan semangat yang seperti yang dibakar dan dipenuhi idea yang berbagai-bagai..

July 22, 2012

Eii..Klik.. Apa Da Clicks...

Klik ker Click.. Tulis melayu la senang yee.. Apa dia Klik?.. Kes 1.. Selalunya perkataan klik adalah ayat tukar ganti bagi kumpulan, tak kira dari dalam alam persekolahan, university sehingga ke dunia seharian.. Dalam sesebuah komuniti, klik seperti dipisahkan dan memisahkan menjadi sebentuk kumpulan, yang dimana klik menjadi satu budaya, etika dan trend dimasa kini.. Di dalam klik mereka mempunyai satu permikiran, pemahaman, gaya, tutur bahasa yang sama dalam membentuk imej klik itu tadi, sehingga sukar difahami oleh orang sekelilingnya.. Dan disitulah terbentuknya identiti klik ini.. Didalam dunia mereka berkongsi makanan dari segi ilmiah, paparan, gambar, video, cerita dan lain-lain yang berkait rapat dalam dunia mereka.. Lihat sahaja masyarakat masa kini, pelbagai warna dan corak ditonjolkan oleh setiap individu, untuk  mencerminkan identiti klik yang dibawanya.. Klik ini tidaklah asing dalam kehidupan kita.. Malahan etika klik ini sudah pun dipaparkan dan diperkenalkan dalam kehidupan kita sejak dulu lagi..