August 10, 2012

Karut.. Asal Usul..

Dalam kehidupaan aku, dari kecil hingga la besar.. Banyak persoalan yang aku timbulkan dalam diri minda aku.. Kenapa macam nie, kenapa macam tue, boleh ker macam nie, eii macam nie pun boleh ker dan bermacam-macam lagi.. Dah macam budak kecik baru dapat mulot.. Semuanya nak tahu.. Dalam otak penuh dengan tanda soal? seru! dan bila titik ... Mulut pun berkata "Owhh".. Maknanya dah paham la tue.. Sebenarnya aku bukanlah seorang yang merumitkan.. Dan aku juga bukanlah mamat-mamat yang di luar sana yang selalu berpikiran melayang-layang membayangkan sesuatu yang indah-indah.. Kadang-kadang tidak boleh dicapai diakal pun nak pikir, sehingga akhirnya masa terbuang mulot ternganga, air liur meleleh.. Tapi jika diambil dari sudut berbeza, berimiginasi boleh menjadi sesuatu benda yang bagus kalau digunakan dengan betul dan ditempat yang betul.. Dan yang jelas sekali aku tak suka matematik.. Jadi takdalah merumitkan sangat aku ni kan..


Dalam hal persoalan aku ni, aku selalu memikirkan disebalik yang aku lihat.. Mungkin pada orang lain ia tidak membawa apa-apa makna.. Tapi pada aku itulah ilmu.. Kalau lebih dramatik lagi bila melihat sesuatu yang agak baru bagi aku, macam- macam aku fikir.. Plot- plot dalam memahami isi kandungan objek tadi sampai aku pikir balik, ada ker orang yang pikir macam aku ni.. Aku melihatkan bukan la dari sudut fizikalnya sahaja.. Tapi aku melihat ia dari sudut bahan ilmu yang boleh aku serap dan menjadikan aku individu yang unik dari orang-orang lain yang bergerak bebas atas muka bumi ini.. Mungkin aku tak barape cemerlang kot mase kat sekolah dulu.. Tapi aku yakin ilmu kat dunia ni terbentang luas dan aku akan diberi pelajaran dan pengetahuan apa yang bersesuaian dengan bidang aku sahaja.. Kalau tahu lebih tue bonus la.. Tapi kalau tahu sahaja nak buat apa.. Kalau tak mampu menterjemahkkan ilmu tadi kedalam lapangan.. Maksud aku apa yang kita belajar hanyalah teori dan bila dilapangan teori tadi akan berubah mengikut suai padan orang, sistem dan apa yang ada diselilingnya.. Tapi isinya masih tidak berubah.. Aku bercakap atas dasar pemahaman yang aku paham.. Memang tidak dinafikan manusia mempunyai rambut yang sama hitam tapi hati lain-lain.. Setiap orang kebolehan pun berbeza-beza kan..
Satu perkara yang ruangnya agak sederhana dalam beberapa jam memberi impak yang mendalam dan besar dalam hidup aku.. Bila aku berumur 23 tahun, aku mula mencari asal usul keluarga aku.. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.. Bermulanya bila aku duduk berbual dengan seorang Prof yang dalam mood yang santai, kami bercerita tentang asal usul keluarga.. Ditanyakan kepada aku asal orang mana? Aku pun bercerita serba sedikit tentang keluarga aku.. Keluarga abah berasal dari Nogeri Semilan.. Jadi perantau dan menetap di Perak.. Dan berkahwin dengan bonda yang memangnya asal orang perak.. Tok sebelah abah memang orang negeri sembilan jugak ker? ditanya lagi.. Aku tersangkut-sangkut menjawap.. Ermm..ermm.. Tak pernah terpikir pulak benda yang ditanya oleh Prof tue.. Orang negeri kot Prof jawap aku.. Dalam menjawap dengan jawapan yang samar-samar dan tak pasti, disitulah bermulanya segala punca aku mengkaji salah silah keturunan aku.. Banyak input dan ilmu yang diberikan.. Ilmu yang diberikan ibarat seorang menuang dan seorang lagi menadah.. Jarang dapat jumpa orang macam tue.. Perbualan kami ditinggalkan dengan tanda tanya kepada aku.. Sambil berjalan jauh fikiran ku melayang.. Walaupun bukan dari bidang perkerjaan aku.. Tapi ini adalah garis jalur yang aku patut tahu.. Selepas hampir setahun mencari  dan membuat soal selidik rupanya aku memang berketurunan merantau.. Keluaraga sebelah abah memang datangnya dari sebuah kampung dari seberang, bapa kepada tok aku adalah salah seorang yang membuka tanah di daerah kecil di negeri sembilan.. Dalam mencari infomasi, aku mendapat lebih dari itu.. Diceritakan lagi boleh dikatakan pada awal tahun 1940an revolusi orang dagang atau orang merantau ini masuk ke semenanjung secara beramai-ramai dan tidak dapat dibendung.. Kebanyakannya mereka yang datang adalah untuk berdagang dan terus menetap disini.. Pada tahun 1960an barulah sistem pentadbiran dikuat kuasakan, mereka orang dagang diberi peluang mendaftarkan diri sebagai warganegara dan diberi taraf bermaustatin di semenanjung ini.. Itu kalau dipetik dari beberapa puluh tahun dahulu.. Kalau nak di selarikan dan dikupas dari bab sejarah kita, Dahulunya semenanjung kita nie yang mungkin usang.. Selepas kedatangan   Paramesrawa yang selepas diISLAMkan dikenali sebagai Sultan Mansor Syah yang membuka Negeri Melaka.. Asalnya datangnya dari Kepulauan Jawa.. Lari menyelamatkan diri bersama pengikutnya selepas kerajaan mereka mengalami peperangan.. Akhirnya selepas kemasyuran Melaka itu baru munculnya kerajaan yang besar lain seperti Perak, Kedah, Johor, Terengganu dan Johor.. Orang merantau jugakkan.. Jadi dahulunya mungkin semenanjung ini tidak didiami atau mungkin hanya ada orang Kita/ peribumi/bumiputra atau OA yang bercawat dan memakan hasil bumi dalam kehidupan mereka..

Kalau dulu aku memang nakal selalu aku ceritakan benda ni kepada kawan-kawan aku.. Sambil bergelak ketawa bercerita hal keturunan keluarga masing-masing, soalan kontroversi yang aku selalu tanya cubalah korang tanya mak ayah korang mesti salah seorang dari mereka pasti ada yang keturunan merantau.. Kalau bukan, mungkin mungkin keturunan orang peribumi kot.. Yang paling best reaksi mereka.. Ada yang bahak-bahak ketawa.. Ada yang ternganaga.. Ada yang mengangguk-angguk kepala.. Ish.. Ish..Ish.. Katanya.. Walaupun dalam bentuk bergurau senda ianya adalah bahan ilmu yang membuka minda dan bukan sembang kosong.. Banyak contoh dapat dilihat kalau orang yang mahu melihat dan berfikir.. Kalau nak tengok lebih jelas lagi, perhatikanlah banyak nama-nama dari seberang diambil menjadi nama tempat di tanah air kita ni.. Kampung Medan, Kampung  Banjar, Kampung Balon, Batak Rabit, Kampung Acheh.. Apa lagi Kampar, Andalas, dan macam-macam lagi ..Jangan nak bangga la KL tue pun macam kat Jakarta penuh dengan mat-mat rambut panjang yang ala-ala Slash Gun N Roses dok kat CM (Centre Market) tue.. Tak tahu mana indon mana melayu dah.. Kalau salah pilih silap-silap orang Kita.. Kat kampung aku orang Kita ni semua cun-cun.. Rambut Reborn beb.. Hahah.. Mane taknya.. Ayah Cina Punn, Mak orang kita.. Begitulah serba sedikit.. Jadi kita nie yang selalu dok mencela orang yang kita label pendatang asing yang kononnya jahat,ganas dan macam-macam lagi.. Tapi bukan nak membelah mana-mana.. Dari kaca mata sejarah sendiri Indonesia lebih awal merdeka dari kita tau.. Jadi fahamilah asal usul kita dahulu.. Jangan menuduh menurut kata hati.. Do Not Judge People By Only Look The External View..  Risau nanti takut meludah kelangit jatuh terkena kemuka sendiri.. Padan muka.. Dari aku pun tak terkecuali..

Kadang-kadang yang mengenali aku orang suka me "Label" aku agak misteri.. Oklah misteri pun misteri lah.. Tapi aku nie bukanlah macam Hero Arkham City tue yang boleh muncul dan hilang dalam sekelip mata.. Mungkin perbedaan dari sudut polar pikir tue yang buat orang ingat aku misteri kot.. Serius aku bukan pemalu, aku punya ramai kawan, aku suka berjenaka dan adakalanya serius, dalam masa yang sama aku suka berkongsi ilmu dan belajar tak pernah lelah dalam menimba ilmu.. Insan yang lemah selalu ingin meningkatkan dirinya.. Hermm.. Aku harap sedikit dari tulisan aku nie dapat memberi sedikit menghidupkan neuron- neuron otak korang tue.. Kalau ada yang tersinggung.. Mohon ampun di RAmadhan yang mulia ini.. Dengan niat hanya nak bercerita.. Cerita yang tiada penghujungnya..

No comments:

Post a Comment