August 17, 2012

Bas.. Ohh.. Bas..

Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi.. Syawal bakal menjelang.. Lagu raya pun sudah mula berdendang.. Alahai syahdunya.. Kadang- kadang bila awak bukak jer radio, ada ler lagu raya kedengaran.. Kena pula lagu Dendang Perantau P.Ramlee, Cahya di Aidilfiri Jatt BDB, koyak dada rayanya.. Dah boleh nampak semangat raya terpancar terang benderang di muka rakyat malaysia nih.. Ramai ler orang mula tak tentu arah nak sambut raya.. Macam- macam persiapan dibuat.. Dari ujung rambut sampai ke hujung kaki, semua nak baru.. Biasanya budak-budak ler yang paling seronok tak ingat.. Yang si bapak pulak dah letak tangan atas kepala tak lena tido memikirkn budjet raya.. Yang si mak nya, abis semua langsir diruntuhkan, tanda isyarat bendera langir baru akan dikibarkan.. Semua rumah macam dah masuk rancangan Deco bersama Eric Ling dah".. "Tadaaaa... Kejut ker?"

Bagi yang diperantauan, yang masih bujang.. Kome dah beli tiket ker? Kalau tak beli lagi gigit jari ler nanti.. Tiket dah SOLD OUT ye.. Cerita pasal tiket dan bas nie, kali nie aku nak bawa kome cerita pasal aku dan bas ni.. Benda yang berlaku ini adalah tauladan dan pernah berlaku kepada aku sendiri.. Tapi tak la berlaku pada musim perayaan.. Kepada semua pembaca, mungkin ada iktibar yang boleh anda ambil.. Kisahnya terjadi pada tiga tahun lepas.. Inilah pengalaman paling perit pernah aku dapat, sepanjang aku menggunakan perkhidmatan bas dia tanah air kita ni.. Memperkenalkan aku adalah watak utamanya.. Masa tu aku dari Johor Bharu nak menuju ke Kedah.. Dapatlah bas KPB diberi namanya.. Korang mesti biasa tengok kot bas nie kan.. Semangatnya nak balik sebab keje penting besok.. Naiklah aku dalam bas.. Drivernya orang melayu kita, dia ni adalah watak ke-3 dalam cerita ini dan aku namakan si Botak sebab dia memang botak.. Boleh dikatakan penuh jugak lah bas malam tu.. Nombor seat aku nun second last jauh kebelakang.. Aku memang suka pun duduk belakang.. Dari zaman sekolah lagi.. Lega la hati dapat tempat diidamkan.. Dalam bas nak berjalan ni, ada la cina sorang ni aku gelarkan dia si Sohai.. Dia ini adalah watak ke-2, besar gila badan dia, dah la gemok, berjalan dalam bas dan duduk belakang aku.. Tak kesahla sebab dalam kepala otak aku dah set dan pikir apa nak dibuat besok.. Tepat jam 11.30 malam bas pun berjalan..

Dah penat otak berpikir.. Tengok jam pun dah pukul 12 lebih.. Mula la mata layu nak tidur.. Yang best nya kat kawasan Yong Peng kot tak silap aku, Si Sohai ni tadi dah start berdengkur kuat.. Kuat gila.. Mang aku sabar gila la masa tu sebab menahan bunyi dengkur dia.. Dari mulanya nak tidur lain pulak jadinya.. Kadang- kadang saje jer aku kenakan dia, aku halakan air cond aku ke Si Sohai tue.. 15 minit dia tutup balik.. Berdengkur lagi aku halakan balik.. Aku cuba tutup kepala dengan jaket pun boleh jugak.. Mang evil bunyinya.. Kadang-kadang aku kejutkan dia.. Dengan hemahnya aku cakap kat dia punya woofer kuat sangat.. Ok-ok.. Kata dia.. Sampai kat Melaka aku masih tak dapat lelapkan mata lagi.. Bila sampai tahap kepala dia letak kat belakang seat aku sambil berdengkur.. Mulut dia betul-betul kat sebelah telinga kiri aku.. Apa korang rasa bila kena macam tu.. Masa ni la mulanya babak hitam dalam cerita ini.. Memang betul kesabaran manusia ada hadnya.. Tapi sebagai pengguna bas, aku pun ada hak juga nak menyuarakan Privasi aku.. Aku pun pelan-pelan dan baik-baik aku kejutkan si Sohai nie.. Ayat aku.."Bos..Bos.. Saya tak bole tidur la Bos. LU punya bunyi banyak kuat, saya tak bole tidur ar".. Sungguh tak dijangka tiba-tiba Si Sohai ni tadi naik angin tengking aku.. Katanya.."C#*%ka.. P*#@*ak lu.. Kejutkan kan aku.. Kau tau aku siapa.. Aku Driver bas nie tau.. Yang lebih kesat lagi macam-macam Si sohai mencarut kat aku.. Disepaknya, di tolakkan, digoncangnya seat aku dan macam-macam lagi tanda protes sebab tak puas hati dengan aku.. Kecoh satu bas.. Aku pun minta maaf kalau aku kasar dengan dia.. Langsung dia tak endahkan.. Siap ugut lagi nak turunkan aku bila sampai di Stesen Puduraya nanti.. Sampai jer kat Seremban Si sohai pun pshyco aku lagi.. "KL nanti kau turun katanya".. AKu diam jer.. Dalam hati aku, aku ker salah dia yang salah ni..

Memang betul climak cerita aku nie apabila sampai di depan Pudu, jam masa tue dah pukul 4 lebih.. Si sohai tadi pun bangun dan Kebetulan beg aku letaknya sebelah seat aku, dicapai oleh Si sohai dan sambil berkata "Kau turun sini".. Dalam hati aku Allah saja yang tahu.. Time tue memang tegang betul.. Aku pun pergi la kedepan merayu dan siap minta maaf lagi, langsung tak memberikan apa-apa pun kesan kepada Si Sohai.. Ada juga budak-budak yang sama duduk dekat-dekat seat aku kedepan cuba backup aku tapi sia-sia.. Ada aku minta bantuan kat Si Botak supaya cakap dengan Si sohai tu Supaya maafkan aku.. Tapi Si Botak hanya berdiam diri dan akhirnya selepas 5 minit, rayuan demi rayuan tak diendahkan.. Si Botak tadi pun bangun dari kerusi driver dan MENENDANG beg aku keluar dari bas.. Perghh hareem tul.. Bergolek-boleh beg aku jatuh dari tangga bas.. Sadis betul.. Kalau anda semua ditempat aku masa tu apakah anda akan rasa?? Kalau Si sohai tue yang tendang beg aku keluar takda lah aku terasa sangat.. Sebab Si sohai tu memang makan v*v#.. Si Botak orang kita sendiri pun sanggup buat begitu kat kaum sendiri.. Dalam hati aku perlukah Si Botak buat sampai macam tu sekali.. Kalau nak suruh aku turun juga, cakap jer aku boleh paham ape.. Tak payah la nak tunjuk aksi samseng sampai begitu sekali..

Turun jer aku dari bas.. Terkebil-kebil aku kutip beg aku.. Bas tadi terus berlalu.. Kebetulan juga masa tu ada dua, tiga orang driver teksi India yang menunggu pelanggan di pintu bas turut menyaksikan kejadian aku tadi.. Mereka ni adalah pelakon extra tapi merangkap hero la dalam cerita ini.. Semua mengerumuni aku bertanyakan apa yang terjadi.. Mujurlah abang-abang teksi ada menenangkan aku.. Salah seorang dari mereka berkata.. " Tak patut dia orang buat ko macam tu.. Driver bas KPB nie memang banyak yang samseng.. Banyak dah kes orang komplain pasal bas ni dik.. Ko sabar jela.. Boleh repot ni.. Ko ada kawan-kawan, bawak jer nanti.. Kalau jumpa balun cukup-cukup.. Kasi dia ingat sikit".. Huihh.. Dalam hati aku.. Dia pulak emosi lebih.. Aku tanya kat abang tu, ada ker bas lagi pagi-pagi buta ni bang!!.. Jawapan dia tak disangka-sangka.. Dik.. Ko tunggu jer sini biar aku carikan.. Memang pun, dari cari tiket sampai ke naik bas dia yang uruskan.. Tak sampai 30minit dah dapat bas.. Terima kasih abang teksi yang membantu saya.. Aku selamat sampai.. Hanya mengalami ganguan emosi yang teruk dan terpaksa menanggung kos  berganda setelah terbabitnya dalam kejadian itu tadi.. Untuk anda yang diluar sana inilah senario yang berlaku dalam sistem pengangkutan kita dari dulu hingga sekarang yang cuba aku ceritakan.. Kepada yang mengunakan perkhidmatan bas, cuba-cuba la perhatikan dan waspadalah supaya anda tidak mengalami nasib seperti aku ini.. Oleh kerana sikap mereka yang hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak pengguna.. Kita boleh menghormati orang lain.. Tapi adakah orang lain juga cuba menghormati kita.. Kepada pengusaha bas K.P.B dan semua yang ada di Malaya ini, walaupun hal ini dah berlaku tiga tahun dahulu.. Ingatlah aku sungguh murah hati sebab tidak mengambil apa- apa tindakan keatas kamu.. Boleh saja aku nak lingkupkan perniagaan kamu.. Tapi aku menyerahkan urusan pembalasan ditangan Allah..  Pantaulah driver-driver kesayangan anda tu.. Jika tak mahu arang diconteng ke muka syarikat anda.. Kepada para pengguna semua, jika ini terjadi kepada anda, aku sarankan buat jer repot.. Ambil no plat bas, Simpan tiket anda dan catat masa dan waktu dimana kes terjadi.. Buat aduan ke Biro Kebajikan Pengguna.. Repot balai, kita naik mahkamah pun takpa, Untung-untung menang saman korang jugak kaya.. Kita kan pengguna yang sentiasa betul dan kadang-kadangnya pun tak berapa betul jugak..

Serius aku katakan sistem dan syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bas ini kebanyakannya Karut jer.. Cara mereka banyak memperdaya pengguna demi hanya mahu memungut keuntungan lebih semata-mata.. Jadi berhati-hatilah semasa membeli tiket dan dapatkanlah info yang tepat sebelum menaiki bas.. Sebab  kejadian-kejadian dah berlaku.. Memang benar pada aku bukanlah semua macam tu.. Hanya perlu jadi lebih berhati-hatilah.. Jangan sampai anda terjerat.. Sekain dari aku.. Selamat Menyambut AidulFith Tahun 2012..
"Memori Tempat Kejadian 3 Tahun Dulu"

1 comment: