July 25, 2012

Hym365sx Dan Aku..

Hari nie hari ketiga berpuasa.. Semua berjalan dengan lancar.. Cuaca pun tak berapa panas.. Seronok betul berpuasa.. Petang tadi sempat la aku pergi bazar beli makanan.. Macam-macam orang menjual.. Sampai je, tak tahu apa aku nak beli.. Dari kuih-muih sampai la ke lauk.. Macam-macam ada.. Last-last bihun sup, pulut panggang dan tembikai jadi aku punya hidangan berbuka.. Kalau pergi jer bazar, aku lebih suka belikuih-muih.. Kuih tradisional yang jarang kita jumpa.. Tak nak la aku bagi contoh-contohnya.. Karang lainpulak yang jadi.. Lepas jer berbuka.. Fresh betul rasanya.. Lapar tu tidak la sangat.. Tapi air jer lebih.. Dimulakan dengan doa dengan pembukaannya adalah dua biji kurma dan segelas sirap.. Huh menyegarkan.. Lepas berbuka, solat maghrib berjemaah dengan keluarga serta bertawarih.. Pukul 9 lebih naiklah aku keatas.. On laptop.. Dengan semangat yang seperti yang dibakar dan dipenuhi idea yang berbagai-bagai..


Dari nak menulis cerita pasal belacan, cerita pasal ikan laga hinggalah ker buat grafik.. Berkobar-kobar semangatnya macam dah sampai kat medan perang, hanya bersedia untuk melepas "Boom" sahaja.. Program yang pertama aku buka adalah Photoshop.. Habis gambar aku edit, macam-macam style aku buat.. Kreatifnya tue, yang amat la kreatif.. Kadang-kadang geli hati dibuatnya.. Senyum dan syok sendiri kata orang atau sendiri mari.. Dalam hati "Siaplah,Hahaha".. Semasa tengah dok syok melayan meng-edit gambar nie.. Dalam posisi yang meniarap.. Tiba-tiba aku terjaga.. Eii..eii.. Apekah yang terjadi ni.. Apa yang berlaku nie.. Hermm.. Rupanya tertido daa.. Haa.. Elok la tu.. Lappy padam abis bateri.. Dah la tak save.. Berkerut dahi aku.. Arghh.. Tension tul.. Biasanya la kan korang punya lappy yang canggih-canggih tu, kalau dah nak abis bateri, dia akan save semua file kan.. Lappy aku ni tarak.. Kalau padam, dia padam terus.. Jadi satu lagi fasa telah membentuk kesabaran dalam diri aku, tambahan pula bersemperna dengan bulan puasa yang mulia ini.. Sebab apa boleh sabar.. Kejadian sebelum-sebelum ni ada lagi "A".. Jadi ni kira hal kecik jer la, tapi panas gak la mata ni menahannya..


"Teruk benor ropenyee.. Bebawak ler tido baring"

Lappy aku ni walaupun agak ketinggalan atau sezen dalam bahasa lainnya,  Dah jauh versinya dari lappy yang korang ada.. Ianya adalah hadiah dari kakak aku kepada aku.. "Tq Kak Farah.. Mudah-mudah kak Farah akan dirahmati dan dimurahkan rezki".. Sebab lappy aku yang lama Acer Travelmate Series tue dah rosak, dek kerana enjinnya dah tak mampu dan upaya menampung lagi kerja-kerja yang aku buat suatu masa dahulu.. Lappy ni sebelum berpindah hak miliknya ke tangan aku, dalam sejarahnya telah banyak berbakti dalam menyiapkan tugasan kakak aku sebagai seorang pelajar suatu masa dahulu.. Bersama lappy ini juga, berjaya ia membawa akak lulus cemerlang dalam bidang yang diceburinya.. Dulu masa aku dapat lappy nie.. Lappy nie dihiasi dengan sticker Mickey , reben dan macam-macam yang comel lagi.. Heheh..
Dengan berbekalkan sistem operasi atau OS dari Window XP, dan cakera D" yang kosong, hanya lagu-lagu yang tertinggal didalamnya.. Antara lagu yang ada dalam folder lappy ni dulu.. Lagu-lagu jiwang yang tak hengat dan industan beb.. Perghhh..Prunggah, koyak dada beb.. Huuuuu... Senak dada aku mendengarnya.. Tapi kira ok jugak ape.. Dengar lagu mendayu-dayu pun lulus cemerlang kakak aku tau.. Korang boleh???

Dah menjadi sifat aku kali.. Dari kecik tak boleh nampak benda tu elok atau sempurna.. Dalam otak mesti nak bikin sikit punya, tangan ini rasa tidak tenteram jika tidak mengubahsuainya.. Bukan apa bagi sesuai dengan cara aku menggunakannya nanti.. Langkah pertama bila aku dapat lappy ni, aku hilangkan semua sticker dan servis untuk memastikan keadaannya terbaik semasa aku menggunakannya nanti.. Kemudian aku ubah Sistem operasinya kepada Windows 7.. Tak cukup dengan itu aku ubah lagi imejnya menjadi kepada lebih macho.. Aku tampalkan sticker karbon di seluruh muka laptop ni.. Huaa.. Imej baru, sistem baru.. bertambahlah semangat lagi la nak berkerja.. Begitulah serba sedikit tentang lappy aku ni.. Tapi sekarang ni, yang bestnya, lain pulak yang jadinya.. Dah dapat barang baru la katakan.. Aku boleh dikatakan selalu tertidur bersama lappy ni.. Kadang -kadang tengah duduk sedap menaip, tiba- tiba hilang.. Tidurr.. Makan pun kadang-kadang mengadap lappy.. Kadang-kadang naik pelik, "Ada Apa Dengan Lappy ini" hinggakan sanggup television ditinggalkan, Hingga sanggup dimarah oleh kerana lappy.. Oh lappy kau sepertinya kau mendengar dan bersuara dengan ku.. Huu.. Gila kan..

"Hym365sx sedang dalam Proses Format dan Install"

Dulu pernah aku membaca dan diceritakan tentang Science of Compassion.. Ianya mengenai apabila kita terlalu fokus dan terlampau memahami sesuatu itu.. Ia seperti akan bertutur dengan kita.. Tak kira la dengan manusia atau benda yang kita ada.. Dan tidak mengira jarak.. Sesuatu perasaan yang amat mendalam tentang apa yang kita miliki dan cuba memahami.. Sebagai contoh, aku ambil contoh yang amat sederhana dalam apa yang aku pernah lalui.. Disebuah bengkel kereta.. Datang seorang pelanggan yang katanya kenderaannya seakan-akan mengeluarkan bunyi yang pelik.. Mekanik tadi pun menbuka bonet depan dan lalu setelah diperiksa keadaan kereta tadi.. Lalu mekanik  menjelaskan kepada pemilik kenderaan yang injap keretanya punyai masalah.. Dan perlu diservis.. Dan akibatnya jika tidak diservis akan mengakibatkan masalah lebih teruk lagi.. Soalannya bagaimanakah dengan hanya mendengar seorang mekanik itu dapat memahami bunyi atau bahasa enjin yang diperiksanya tadi.. Sedangkan kerosakannya bukanlah boleh nampak dengan mata tetapi kerosakannya berada didalam enjin.. Ternyata jika tiada fokus @ passion dan pengalaman dalam apa yang diminatinya.. Pasti mekanik tadi tidak mampu menberi penjelasan kepada pelanggannya..Begitulah sedikit tentang Science of Compassion ini..

Begitu juga aku tidak terkecuali dan pernah merasakan keadaan seperti ini.. Mungkin ada yang beranggapan ini adalah "Majnun" semata-mata.. Seperti penyair yang sedang mabuk, dibuai dengan keasyikkan yang sedang mengarang, menulis dan menyusun kata-katanya didalam syairnya.. Bagi aku, hal yang aku cuba bangkitkan ini, ianya tidaklah asing dalam diri setiap hidupan dimuka bumi ini.. Hanya individu yang mempunyai sensaviti cukup tinggi akan mendapat merasai pengalaman seperti ini.. Dan aku tidaklah se-sensetif mana pun.. Jadi ini bukanlah sesuatu yang mustahilkan..  Jadi jumpa lagi.. Jom sahurrr!! Dah 4:46 a.m dah..Huuu.. -Tammat-

No comments:

Post a Comment