July 27, 2012

Ilmu.. Muda dan Tua..

Salam Bahagia.. Ceritanya harinie aku nak kongsi sikit cerita pasal ilmu.. Persoalan pertama.. Berapa banyakkah ilmu ada didunia ini? Biar aku jawap sendiri dan aku terjemahkan mengikut pengetahuan aku.. Dan esei ini adalah untuk tatapan sahaja.. Jika ia berilmu dan berguna ambil lah pengajaran.. Jika seperti tiada mamfaat "Anda Dipersilakan ke Blog lain.. Ok".. Bagi aku ilmu adalah sesuatu yang terlalu luas untuk diceritakan.. Bak kata omputih "INFINITY Lah".. Ilmu boleh didapati dimana-mana sahaja didunia ini.. Kecenderungan untuk mempelajari ilmu adalah tidak terbatas.. Ia bukan sahaja boleh dipelajari dan difahami dengan hanya melihat, mendengar dan merasa.. Malah lebih hebat lagi dalam mimpi pun boleh mempelajari ilmu.. Jika ditutup salah satu atau dua deria dari tiga deria itu tadi, ilmu tetap boleh mempelajari.. Aku yang membaca serta memikirkan dari sudut yang berbeza dalam memahami ilmu itu sendiri, Jika pokok-pokok didunia ini diambil menjadi pen sebagai alat untuk menulis, dan ilmu itu adalah seperti lautan yang menjadi dakwatnya..
Hitunglah berapa helaian kertas perlu digunakan untuk menghabiskan lautan dakwat itu tadi.. Seperti tidak boleh dicapai oleh akal manusia kan.. Bayangkanlah betapa banyak dan dalamnya ilmu yang ada dimuka bumi ini.. Kuss semangat( Bahasa mak-abah kita dulu-dulu da)..

* Telinga, Mata dan Hati*
Dalam mendongkah arus permodenan yang dikatakan serba canggih ini, tenaga pengajar, media cetak, media elektronik dan lain-lain, semuanya memainkan peranan penting dalam memangkin penyebaran ilmu.. Lebih mengecewakan lagi, dalam keasyikkan menterjemahkan ilmu dalam sesebuah masyarakat, malangnya ada segelintir pihak mengambil jalan pintas dan mudah hanya demi untuk memenuhi kehendak nafsu dan apa yang dianggap benar oleh mereka sahaja.. Demi mengejar keuntungan semata-mata.. Malahan ada ideology yang mengacau minda dalam pembawakan ilmu cuba menyesatkan pemikiran, ianya amat bercanggahan dari aspek budaya, sosial dan keagamaan lalu di install terus ke dalam pemikiran meraka yang seperti dahagakan ilmu.. Kalau ianya tidak di tapis dan dijelaskan, ianya ibarat seperti menconteng warna-warna gelap pada kain yang bersih.. Remaja yang diharap untuk menjadi pemacu dan pemimpin masa akan datang, dilengah, dilekakan dan dihanyutkan dalam arus kemodenan ini..

Aku bukanlah sesiapa dan pandai dalam semua hal.. Dan aku juga sebahagian dalam masyarakat yang telah dibukakan mata dalam memahami erti kehidupan yang sebenar kini.. Bagi aku dalam aspek lain, budaya dan masyarakat sekeliling adalah faktor utama seseorang itu mendapat ilmu.. Kalau nak diambil kata kiasan orang dulu-dulu.. "Kalau berkawan dengan orang pandai, pandai la kita, Kalau berkawan dengan orang bodoh la kita.. Tapi pada fikiran aku, kalau berkawan dengan orang pandai adalah bonus, kalau berkawan dengan oranag bodoh, jangan la kita pun bodoh sama.. Kita ajarlah yang kurang pandai tue menjadi pandai.. Tak salahkan.. Jadi berkembanglah ilmu itu.. Melainkan kita kedekut ilmu.. Adakah kita yang memegang haq mutlak untuk mengukur kebijaksaan seseorang itu pandai atau bodoh.. Adakalanya apa yang kita tahu, orang tak tahu.. Dan apa yang orang tahu kita tidak diberikan ilmu tentangnya.. Manusia semuanya sama sahaja.. Jadi haruskah kita mengangkat hidung dengan tinggi sehingga sesak nafas dek kerana pujian yang menggunung?.. Dan lupakah kita, ada yang Maha Bijaksana yang pujian itu hanya berhak keatasNya sahaja.. Dan lebih persoalan lagi siapa yang memandaikan kita dan siapakah yang meminjamkan deria yang ada pada kita.. Nescaya kita boleh melihat, mendengar dan memahami huruf A,B,C yang dulunya kita hanya tahu menangis dan ketawa sahaja.. Tidak dinafikan setiap orang mempunyai minat dan keunikan yang tersendiri.. Jadi ilmu itu turunnya berkesesuaian dengan kehendak dan keinginan masing-masing.. Ilmu adalah untuk dikongsi bersama manusia sejagat, tiada mengenal umur, kulit atau taraf..
*Tutop jer TV tue yop.. Baik Pegi Nuleh Blogg*
Persoalan kedua.. Dalam satu kisah di zaman kekalifahan Rasullulah.. Kisahnya dua orang budak, iaitu Hasan dan Husain pergi ke masjid untuk menunaikan solat jemaah.. Suatu waktu, Hasan dan Husain ternampak seorang tua mengambil wuduk dengan cara yang kurang tepat.. Kedua-duanya tidak berani menegur si tua tersebut kerana mereka masih kecil lagi.. Kemudian, mereka memandang sesama sendiri.. Hasan pun berbisik kepada Husin.. Mereka membuat satu rancangan untuk menyedarkan kesalahan si tua tadi.. Hasan dan Husain kemudiannya berpura-pura seperti tidak tahu mengambil wuduk.. Kata Hasan... 'Pak cik, bolehkah pak cik tengokkan cara kami mengambil wuduk?" tanya mereka.. Lelaki tersebut pun bersetuju.. Hasan dan Husain mengambil peluang dengan menunjukkan cara berwuduk dengan betul seperti yang diajarkan datuk mereka.. Setelah Hasan dan Husain selesai berwuduk, tanya lagi si Hasan dan Husin kepada si tua.. Betul tak cara kami berwuduk pak cik?... Lantas si tua tadi berkata anak yang betul, pakcik yang salah.. Nah.. Apa yang aku cuba sampaikan disini.. Orang yang tua pun kadang-kadang tidak juga betul dan  masih ada ruang dalam otaknya untuk belajar.. Bahkan rela ditegur oleh si kecil.. Tetapi berbeza di zaman sekarang,orang-orang tua kita seperti memegang imuniti terbesar dan seolah-olah apa yang dikeluarkan dari mulutnya adalah seperti satu puaka sumpahan.. Apa yang ditutur harus ditaati dan perlu dipenuhi.. Cubalah korang bersuara, Pasti bencana menimpa.. Sebab aku dah penah kena la aku tahu.. Hahah.. Suri tauladan adalah contoh sumber ilmu yang paling baik juga.. Melihatkan kecerdikan Si kecil Hasan dan Husain tadi dalam berbicara.. Disitulah aku belajar ilmu berhemah bila bertutur dengar orang tua.. Nak menegur orang tua pun kena la belajar ilmunya.. Bukan memandu saya berhemah, bertutur pun ada hemahnya..
*Jaga tutur kata anda.. Kalau mood bapak bagus baru Advice*
Jadi menimba ilmu adalah kewajipan.. Belajarlah dan jadikanlah dunia yang luas ini sebagai hamparan untuk menimba ilmu.. Jika ilmu penuh di dada ikuti la resmi padi, makan berisi semakin sujud kebumi.. Janganlah menjadi lalang yang hanya mengikut tiupan angin, tiada pendirian diri.. Seseorang yang tinggi ilmunya, maka besarlah tanggungjawapnya yang dipikulnya.. Anda lebih memahami apa yang ada disekeliling anda.. Ilmu yang baik pasti banyak mamfaatnya.. Ilmu yang tak berapa nak bagus.. Nanti sendiri jawap la ekk..
Salam Hormat.. -Tammat-


S U R A T   A L - K A H F I

18:109. Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).

1 comment:

  1. bagus. boleh membuka minda-minda yang kosong ditapak pemikiran seseorang.

    ReplyDelete