July 22, 2012

Eii..Klik.. Apa Da Clicks...

Klik ker Click.. Tulis melayu la senang yee.. Apa dia Klik?.. Kes 1.. Selalunya perkataan klik adalah ayat tukar ganti bagi kumpulan, tak kira dari dalam alam persekolahan, university sehingga ke dunia seharian.. Dalam sesebuah komuniti, klik seperti dipisahkan dan memisahkan menjadi sebentuk kumpulan, yang dimana klik menjadi satu budaya, etika dan trend dimasa kini.. Di dalam klik mereka mempunyai satu permikiran, pemahaman, gaya, tutur bahasa yang sama dalam membentuk imej klik itu tadi, sehingga sukar difahami oleh orang sekelilingnya.. Dan disitulah terbentuknya identiti klik ini.. Didalam dunia mereka berkongsi makanan dari segi ilmiah, paparan, gambar, video, cerita dan lain-lain yang berkait rapat dalam dunia mereka.. Lihat sahaja masyarakat masa kini, pelbagai warna dan corak ditonjolkan oleh setiap individu, untuk  mencerminkan identiti klik yang dibawanya.. Klik ini tidaklah asing dalam kehidupan kita.. Malahan etika klik ini sudah pun dipaparkan dan diperkenalkan dalam kehidupan kita sejak dulu lagi..

Lihat sahaja zaman kegemilangan era 50an' sehingga 90an'.. Bermacam bentuk klik sudah ditonjolkan.. Malah masih lagi menjadi ikutan sehingga ke zaman yang serba moden ini.. Tak cukup dengan gaya irama Twist 60an'.. Gaya seluar Yankee, baju belang dan kasut kulit.. Yang dipopularkan oleh Pak Moan seperti dalam cerita Do Re Mi ni haa.. Macam- macam ragam dan warna warni kehidupan ditonjolkan.. Selebihnya anda boleh gambarkan sendiri dalam kotak fikiran anda.. Dari tahun demi tahun, hari ke hari..

 
"Klip dari Cerita Nasib Do Re Mi 1966"

Kes 2.. Klik dalam Sains komputer ia bermaksud tekan atau lepaskan butang pada peranti tetikus untuk memilih item pada skrin atau mengaktifkan arahan atau fungsi.. Klik juga selalunya boleh kita temui dalam menggunakan Destop, laptop atau gadjet yang lain.. Hanya menggerakkan tetikus ke icon yang dikehendaki dan di 'klik', program yang dikehendaki sudah dapat dimainkan.. Di alam siber yang serba canggih ini, maklumat seperti dihujung jari anda sahaja.. Hanya taip dan klik apa yang ada diminda, ia akan membawa kita merentasi satu ruang masa yang luas dan tidak mungkin kita akan capai.. Infomasi, keadaan dan suasana tempat boleh digambarkan dengan hanya melihat, mendengar dan memahami melalui pengamatan si pelayar.. Klik boleh juga dikatakan seperti alat melepaskan hajat si pelayar.. Bergantung kepada niat si pelayar.. Apa yang di klik pasti muncul.. Jadinya jika yang di 'klik' yang baik dapatlah ilmu yang bernafaat dalam hidup, jika di 'klik' yang bukan-bukan, ingatlah anda sedang diperhatikan..


Kes 3.. Kes ini kes aku sendiri.. Masa alam persekolahana dulu aku pun ada klik.. Macamner la aku boleh terjebak dalam industri underground nie.. Mungkin minat kot.. Lama juga la masa aku dalam tue.. Mula bergiat sejak umur 16tahun, sehingga la aku berumur 21tahun.. Kira dah ada menempa nama gak la.. Tapi masa berubah , Umur aku 23 tahun tak silap aku.. Aku mengistiharkan aku dah tak join lagi dengan mereka-mereka ini.. Hanya tinggal cebisan dalam jiwa.. Tidak cukup dengan itu.. Dah abis satu datang satu lagi.. Dah macam bermusim.. Aku minat pada kelajuan pula.. Ni kira lagi advance mode.. Bawa benda yang laju adalah kegemaran aku, minat aku adalah kelajuaan.. Pantang cuit, mesti jadi punya.. Berbagai- bagai kejadian telah aku saksikan.. Akhirnya aku terfikir.. Bagaimanakah keadaan, jika aku mati dalam keadaan sebegitu.. Taknak la aku mati katak.. Start itu aku pun mula mengundurkan langkah.. Dan menjadi manusia biasa kembali.. Lebih baik jadi manusia biasa.. Berbakti kepada keluarga.. Mula- mula menang susah nak tukar imej tue kepada manusia yang normal.. Alhamudillah persekitaran lah yang mampu mengubah aku menjadi normal semula.. 
Aku nak ceritakan pasal klik satu lagi.. Dan ia tidak ada kena mengena dengan klik diatas.. Cimb Clicks.. Itulah cerita yang cuba aku bawakan.. Bayangkan lah barapa punya tension nak ingat password dia.. Adeh.. Kan dah nak buat urusniaga susah.. Carik pasei betul ler.. Pengajarannya jika ada boleh dikatakan agak pelupa semut.. Sila la buat note dalam satu folder, simpan semua data password, login detail dan apa- apa sahaja yang berkaitan dengan kena guna ingatan, supaya hal-hal maca ni tidak terjadi.. Dah dekat seminggu nie.. Siap dah call operator Cimb lagi.. Mintak Hint password.. Tetap lupa jugak ..Aduhh.. Nak ke Cimb dah malas pulak.. Ni lah akibatnya.. Huhu.. Padan muka..

No comments:

Post a Comment