July 18, 2012

Aku...Vespa Dan Dia : Bahagian 1

1)Cerita kali ini, aku nak cerita kan sedikit kisah sentimental dalam diri aku.. Cerita kenangan aku masa zaman kecik-kecik dulu jer.. Tajuknya Aku.Vespa Dan Dia... Wataknya Aku adalah aku, Vespa adalah Vespa dan Dia adalah insan istimewa yang aku panggil Abah.. Walaupun cerita ni dah hampir 20 tahun usianya.. Rasanya masih segar dalam ingatan dan akan aku ingat sampai bila-bila..
Vespa 150 Super.. Bernombor plat AN 6212.. Yang di tinggalkan oleh Abah aku kepada aku.. Tahun keluarannya 1946 oleh Piaggio & Co. S.p.A. of Pontedera, Italy.. Kalau dalam surat permilikan, Abah aku adalah pemegang ke-enam dan yang terakhir untuk Motor ini.. Sebab aku akan simpan Vespa nie sampai bila-bila.. Buat muzium..

Bila sebut jer Vespa, macam mana korang menterjemahkan motor nie ek? Apa persepsi korang tentang motor nie.. Seksi ker? Tang mana tue? Laju? Boleh lawan TZM tak.. Tak pun, ada tak korang rasa  macam naik motor berkuasa tinggi seperti Norton, Triumph atau Bsa.. Terpulang lah pada mata yang memandang dan memilikinya.. Perasaan yang aneh akan terbit bila anda menaiki motor yang usianya sebaya dengan bapak atau tok anda.. Mane tidaknya.. Kondisi enjin yang masih gagah di jalanan dan sturktur badan yang kukuh dan besi semata-mata.. Masih digunakan dikebayakan negara di Eropah dan Asia.. Seperti Perancis ,Italy, German dan Russia.. Dan tidak ketinggalan negara Asia yang pesat membangun, sehingga pihak Piaggio membina kilang sendiri di Indonesia, Thailand dan India bagi memasarkan produk kebanggaan dari Italy ini kepelusuk dunia..

Kalau dulu-dulu.. Masa kami masih duduk di kawasan setinggan kat Chepor dulu.. Selain basikal, inilah satu-satunya kenderaan yang kami ada yang tak payah penat berkayuh.. Jasanya cukup hebat, bawak Abah pergi keje, bawak Bonda pergi pasar dan yang paling penting membawa kami adik beradik berjalan di sekitar kampung petang-petang .Inilah kenderaannya.. Inilah motornya yang bersama membesarkan kami.. Penahlah satu hari tue, Abah macam biasa la.. Bila dia dah pakai smart-smart.. Aku la yang paling curious, nak tahu Dia nak pergi mana.. Aku pun macam biasa la.. Ramah bertanya.. Abah nak pergi mana? Seingat aku katanya nak pegi amik gaji kat kilang.. Dia pun suruh aku bersiap, dan bawak aku ikut keluar sekali.. Happy tul aku mase tue.. Dalam otak aku nie, aku dah tahu habuan untuk aku mesti ada.. Kalau tak kena Teh cina, mesti air kacang kat Kampung Tawas.. Kami pun keluar la.. Aku bila naik ngan abah, Aku tak suka dok belakang.. Aku memang suka berdiri kat depan.. Muka bangga gila.. Senyum jer muka bila kena angin.. Dalam mood yang excited, sampai je kat jalan besar,  lagi 50 meter nak masuk simpang ke kilang.. Tiba-tiba motor kami keluarkan bunyi yang kuat dan menyeramkan "Pom PoM PoMM" bunyinya.. Walaupun pakai helmet.. Boleh jatuh jantung dengar bunyinya.. Bunyinya macam enjin kereta yang putus belting.. Kereta semua dah horn ni, ada yang mengelak ketepi .. Yang bestnya Abah tenang jer.. Oleh kerana motor tue takda lampu signal.. Abah pun angkat tangan kirinya tanda isyarat berhenti.. Cemas la kejap.. Dah matikan engin.. Tongkatkan motor.. Siasat punya siasat, rupanya betul, kepala ekzos terkeluar dari silinder head daa.. Abah pun hebat.. Tools dia lengkap dalam motor tue rupanya.. Hanya menggunakan penukul dan kain buruk.. Berjaya dia betulkannya.. Berpeluh la sekejap.. Nampak sangat selalu jatuhnya ekzos tue.. Kami pun terus sampai ke kilang.. Dah selesai tugasnya di kilang.. Yang bestnya.. Jalan jer 100meter, ekzos jatuh balik tue.. Senyum abah.. Abah cakap dengan aku.. Motor nie tak boleh bawak laju.. Sebab tempat yang dia ketuk tue dah longgar.. Aku hanya mampu senyum jer..
Walaupun aku masa tue aku masih kecil lagi, Aku seakan memahami dan apa dia cakap dan  apa yang cuba dia sampaikan.. Huhhh.. Hari tue baru aku nampak dan tahu betapa susahnya Abah mencari rezeki untuk kami sekeluarga.. Dah la berkerja syif, tidor mestilah tak menentu.. Membanting tulang demi membesarkan anak-anaknya..

Dulu bila Abah dah dapat gaji.. Kadang-kadang kalau ada rezeki lebih,  Abah mesti bawak kami sekeluarga pergi Super Kinta kat Pekan Ipoh nun.. Bukannya beli barang pun, jalan-jalan jer.. tapi yang bestnya, kalau tak singgah ke Ayamas, mesti singgah Food Courd kat Taman Kanak-kanak (TKK) makan-makan.. Kalau dulu nak pegi jalan-jalan ke pekan Ipoh.. Kami naik radio teksi je.. Telefon jer mesti sampai.. Aku siap hafal lagi no telefon dan dialog syarikat radio tue sampai sekarang.. Bk Radio Teksi namanya..No telefon 05-2534188.. Tak caya cube telefon.. First, Operator dia cakap " Hello BK, Boleh Saya Bantu." Aku jawap : Bole angkat saya kat No 7, Jalan Tawas Baru 11, Taman Tasek Damai.. Berapa Lama? BK: 10 minit.. Tak sampai 10 minit sampai teksinya.. Perkhidmatan BK Radio Teksi masih hujud sampai ke hari nie..
Kami berpindah dari Ipoh ke rumah Opah.. Semasa aku tamat UPSR.. Atas alasan Abah ada membeli sebidang tanah dan membina rumah di situ, iaitu rumah yang aku sekeluarga tinggal sekarang nie.. Kira kampung halaman aku sekarang la..Tapi yang manis tidaklah selalunya berpanjangan.. 6 bulan selepas kami bepindah dari Ipoh.. Semasa Abah sedang rancak mengulang rumah barunya.. Abah pergi meninggalkan kami menghadap Ilahi.. Makan setahun juga aku dok di rumah Opah.. Setahun hidup aku dalam kemurungan dan terenung.. Siap sahaja rumah baru, kami sekeluarga pun berpindah lagi dan memulakan hidup baru disana.. Bercerita tentang motor klasik aku nie.. Petang- petang rutin aku kasi panas enjin motor.. Boleh dikatakan semua budak-budak yang tengok aku tengok pelik jer.. Siap kutuk- kutuk lagi ada... Ada yang panggil motor aku " Sipot Babi, Besi Burok".. Idak ker panas telinga korang , kalau motor korang diperkotak katikkan sebegitu rupa.. Hina betul pandangan korang terhadap Vespa klasik aku nie kan.. Memang la.. Mana idaknya motor diorang semua baru-baru.. Mak ayah belikan.. Maklumlah orang  berado.. Kena pulak anak manje... Mintak apa aja dapat.. Perghhh, pedih jer mata aku tengok, bukan sebab apa..Tak jeles pun.. Tapi yang pedih mata tue sebab menunjuk-nunjuk.. Eii kira untung la korang yek..
Walaupun aku pindah ke tempat baru, umur aku masa tue baru Form 2.. Selaku budak baru yang mukanya boleh la tahan, sebab marketnya amat tinggi masa-masa tue.. Masuk jer sekolah, dah la semua baru, kawan-kawan takda.. Atas bawah budak-budak sekolah pandang aku.. Jadi aku rasa aku dah jadi macam Alien jer kat sekolah tue.. Dalam nak menyesuaikan diri tu, teruk la aku kena, kat situ la dengan bergaduhnya dengan budak sekolah dan kampung.. Cinta monyet yang bersegi-segi.. Dah la dalam kampung kena.. Sekolah pun sama.. Adehh.. Tapi sedaya upaya menyesuaikan dari di tempat baru ni.. Nasib baiklah ada sepupu aku . Umahnya pun tak jauh dari umah aku.. Rumah dia la aku ulang-alik... Sepupu aku je yang paham, betapa rare dan sentimentalnya vespa nie kat aku.. Walaupun rupanya tak seberapa.. Tapi enjin dia aku dah bikin power beb.. Aku siap kasi Autosol lagi.. Serius aku cakap, Vespa nie aku repair sendiri jer.. Dari Wiring sampai ke Overhaul, bukak dan pasang, aku buat sendiri jer.. Sepupu aku nie pun leh tahan gak.. Kaki rempit gak orang tua nie.. Dari pagi membawa ke petang, sampai kemalam, berlarutan sampai ke subuh.. Bzz jer kami.. Sibuk seting E pangkah 5 dia tue..(Motor Ex5 la) Hahhahha

Selama aku menjaga motor nie banyak kenangan aku buat dengan motor nie.. Kalau time dia meragam jer, aku lah paling susah hati.. Sampai luka-luka pun ada nak hidupkan motor aku nie.. Tidur pun penuh minyak-minyak kat tangan.. Ada jugak jiran-jiran yang jiwanya cuba nak kembalikan nostalgia irama 60an' seperti Pak Maon dulu-dulu, cuba meminang motor aku nie.. Sayangnya semuanya aku tolak mentah-mentah.. Kalau ikut Bonda aku, dia suruh jual jer.. Dapat  Rm100, 200 boleh buat belanja sekolah.. Dalam hati aku.. "What the hell nak jual".. Tapi aku jelaskan balik kat Bonda.. Oh Bonda.. Kalau nak jual mang boleh dijual.. Tapi kalau lain kali kalau nak beli balik, Takkan dapat harga yang kita jual tue dah..
Tapi ternyata benar apa yang aku cakapkan.. Kalau nak beli sekarang motor Vespa ni, apa-apa versi pun, kurang-kurang harganya dah mencecah sampai ke ribuan ringgit sehingga ke hari ini.. Kalau nk bukti, bukak kat Mudah.com.. Harganya dah macam beli kereta sebiji dah.. Itupun kalau dapat yang elok lagi la...Baik tak payah jual.. Kalau tak nak berputih mata.. Untung-Untung simpan 30 tahun lagi.. Juta ratus kot...Ana jadi Miliana la macam ni.( Milionair da..)
-Bersambung

No comments:

Post a Comment