July 20, 2012

Aku...Vespa Dan Dia : Bahagian 2

Masa berjalan sungguh pantas.. Detik demi detik.. Saat demi saat.. Hari ke hari.. Aku memperhatikan kejadian siang dan malam dengan penuh nikmat.. Pengalaman banyak memberi seribu erti dalam diri aku ini..
Bagaikan seorang graduan yang baru menamatkan pelajaran dari Universiti tesohor.. Setelah menjalani dan berada dalam satu proses pembelajaran yang agak panjang, seperti berada didalam Larva yang mempunyai dunianya tersendiri, diberi makan, diberi kasih sayang dan dijaga agar tidak rosak, akhirnya fitrah terjadi, lalu ia keluar dari Larva itu tadi, kemudian terbentuk menjadi seekor lebah cantik dan unik, Ia mengembangkan sayapnya supaya haba mengeringkan cepat sayapnya, hanya menunggu masa untuk terbang.. Begitu juga aku, mungkin semua orang diluar sana merasakan.. Cuma cara memahamkan dan menterjemahkan dalam kehidupan sahaja berbeza.. Dan pastinya aku bukanlah graduan yang aku sebut tadi.

Aku ada memberitahu pada Bonda, yang aku nak pergi ke KL dok ngan abang aku.. Kemudian cari kerja disana.. Permintaan aku direstui Bonda tapi dengan air mata. Walaupun berat hatinya untuk melepaskan, kerana tiada peneman atau orang lelaki dalam rumah.. Aku anak lelaki terakhir yang keluar selepas abang- abang aku keluar melanjutkan pelajaran dan berkerja keluar.. Tapi Bonda tetap tabah.. Niatnya bukanlah nak melukai hati Bonda.. Tapi aku hanyalah seperti lebah tadi... Tapi satu hati nanti pasti aku akan kembali.. Aku tinggalkan kehidupan dikampungku dan aku tinggalkan Vespa aku..  Beberapa hari sebelum pergi.. Keje aku berkepit jer dengan motor aku nie.. Macam-macam aku beige' (bikin).. Sebab biar aku pegi, aku tinggalkan dia dalam kondisi yang sihat.. Aku selimutkan dia.. Dalam hati kau nie.. Siapalah yang boleh hidupkan dia pagi-pagi.. Kalau tak mesti sebu hidung dia nanti.. Aiseymen.. Syahdunya.. Kalaulah aku ada lesen, dah lama aku pikul Vespa nie dok dengan aku.. Beg dah aku siapkan.. Disaat akhir aku dirumah, hati mulalah berbelah bahagi jer.. Aku tak suka betul rasa macam nie.. Arghhh.. Jem otak aku.. Kereta enjinya dah dihidupkan.. Barang-barang abang aku dah masukkkan.. Dalam hati aku "Gerak jela.. Sekejap jer tak lama pun".. Hanya bersalam dengan Bonda dan mencium pipinya.. Terus aku melangkah masuk kereta.. Ada lagi ayat terakhir dari Bonda "Jaga diri lelok, jangan lupa solat".. Aku menganguk tanda ingatan..

Tanpa aku sedari langkah itulah yang mencorakkan warna dalam hidup aku.. Hidup berdikari adalah pilihan aku sendiri.. Walaupun ada abang aku .. Aku tak suka sangat bergatung pada dia.. Sepanjang perjalanan, banyak tips- tips dia bagi kat aku.. Macam mana itu, Macam mana ini.. Dah macam Tuan penasihat 50%.. Semuanya aku jawap..'Ok..Baik..Bagus.. Termenung aku sepanjang jalan.. Macam ada yang kurang.. Rupanya Vespa aku.. Lupa la nak hidupkan enjinnya buat dia kali terakhir.. Adoiaii macam mana la boleh lupa.. Pastinya aku akan merindui bunyi vespa aku nie.. Sadis Betul.. Aku membiarkan perasaan tadi tenggelam begitu sahaja.. Diganti dengan permandangan yang asing bagi aku dan perasaan penuh teruja, bagaimana memulakan kehidupan di ibu kota nanti.. Genap hampir 3 bulan aku dikota aku bagaikan jutaan lebah dan mereka adalah seperti kumbang yang bersaing berterbangan  kesana kemari, tak menentu hala di musim kemarau demi mencari setitik madu untuk menghilangkan dahaga dan dibawa pulang untuk menjadi bekalan hidup sementara menanti musim bunga menjelma.. Walaupun dilambung ombak dan badai, traffic light dan sesak di jalanan..Sudah tentu banyak yang bersaing untuk terus bertahan untuk kehidupan di kota ini.. Masa betul-betul singkat, apatah lagi kerana ada lebah-lebah lain bermain dengan taktik kotor sebab menggunakan cheat cord.. Mujurlah kesabaran menjadi kekuatan.. Kerana  kesabaran dan bersungguh- sungguh adalah segalanya dalam menempuh arus pembangunan yang serba moden ini..

Panas betul Kuala Lumpur nie.. Kering tekak aku.. Dada aku rasa macam nak pecah sebab asap kenderaan lalu lalang.. Bulan keempat akhirnya barulah aku berjaya diterima berkerja disalah sebuah Store terkememuka di Taman Maluri.. Bukanlah  sepanjang tiga bulan itu tidak berkerja.. Kerjanya ada tapi lebih menjadi pembantu pejabat.. Aku rasa macam tak kena dengan diri aku.. Kerja itu pun, abang aku yang ajak.. Tolong- tolong kat pejabat dia.. Dia pun tidaklah memaksa.. Itu yang aku dapat keje kat Store tue.. Aku bertugas menjadi chef didapur.. Seronok punya kerja kat situ.. Kawan-kawan pun ok sekepala.. Pejam celik dah setahun aku kerja disitu.. Aku semakin merasakan diriku sudah mula sebati dikota ini.. Dalam pada masa yang sama aku di panggil berkerja di sebuah syarikat di Jalan Ipoh sebagai Marketing.. Dan masa tue jugak la Mam aku nak promote aku naik pangkat.. Masa ini aku mendapat satu lagi pelajaran dalam kehidupan yang tanpa disedari, iaitu membuat pilihan.. Jadi sekali lagi aku didalam dilema.. Yang mana satu jadi taruhan... Lama difikir-fikir, ditenung-tenung dan ditelek ranum akhirnya fikiran aku jua.. Keputusan dibuat berdasarkan mana yang lebih baik.. Ternyata aku akan menggantungkan seragam chef ku.. Notis diberi kepada Mam.. Muram muka si Manager, apatah lagi kawan-kawan aku yang lain.. Semuanya macam tidak mahu melepas kan aku.. Hari terakhir mereka kami mengadakan keramaian majlis perpisahan.. Penuh dengan gelak tawa..Semuanya mengucapkan selamat maju jaya kepada aku..

Aku kembali kedesa, mengadap Bonda, dan memberi khabar gembira.. Hati ibu mana yang tidak gembira dengan pencapaian anaknya, walaupun ada disuruh untuk sambung pelajaran lagi.. Aku tahu kekuatan aku dimana.. Aku bukanlah seorang yang mendalami bidang akademik tetapi lebih kepada kerja dilapangan.. Memang didunia sekarang orang lebih pentingkan pendidikan.. Tapi bagi aku, rezeki ada dimana-mana.. Hanya usaha pasti ada hasilnya.. Sampai saja di luar dapur.. Tersenyum lebar aku, melihat motor kesayangan yang bagai menanti kepulanagan aku.. Ku bukakan selimut dan aku lihat ianya seperti dulu.. Fikiran ku mula panjang.. Duit yang ada ditangan aku nak laburkan ke motor ini untuk beli alat ganti.... Maklumlah motor lama.. Seminggu aku menghabiskan masa menyiapkannya.. Hanya belum di spray sahaja lagi.. Kali nie aku berazam untuk kerja yang baru menjadikan aku lebih maju lagi.. Memang benar, azam aku sama dengan pencapaian aku.. Hampir dua tahun aku berkerja di tempat baru nie.. Seluruh pelusuk semenanjung aku jelajah.. Macam- macam yang aku belajar.. Yang baiknya sebab dapat belajar cara mengenal sifat manusia yang katanya rambut sama hitam tapi hati lain-lain, cara berkomunikasi dengan masyarakat dan budaya setempat.. Yang tak best pun macam-macam.. Kena maki hamun itu la paling ngeri sekali.. Tapi bagi aku itu adalah proses pembelajaran  aku untuk masa depan.. Aku berhenti kerja nie oleh kerana aku rasa aku dah cukup dengan ilmu yang aku dapat.. Jadi aku lepaskan kerja nie dengan hati yang tenang.. Sekarang dengan kemahiran yang aku ada.. Aku berkerja sendiri.. Lebih baik berusaha untuk diri sendiri dari memberi kemewahan kepada orang lain.. Dari bekerja membanting tulang siang hingga ke malam untuk orang tak pernah menghargai kita bahkan mengunakan masa dan kederat kita untuk dia terus maju.. Sekarang tiba masanya untuk aku menabur jasa pada bonda dan keluarga.. Kerana mereka aku masih disini..

Huhh..tengok tue masa berlalu sekejap sahaja..banyak juga aku tulis.. heheh.. Tak sangka seronok menaip jam dah pukul empat lebih.. Jadi aku simpulkan cerita ini.. Membuat pilihan bukanlah mudah dalam hidup.. Dalam hidup yang paling mencabar ini, biasanya kita akan berdepan dengan dua pilihan sahaja..
Memilih jalan kebenaran atau kesesatan, dosa atau pahala dan jalan yang lurus seperti orang beriman kepadaNYA atau Jalan bengkang-bengkok untuk menuju ke Jahanam.. Sebenarnya kita berhak menjadi insan yang lebih baik lagi tapi berdasarkan pilihan yang kita buat sebelumnya.. Jadinya jika aku memilih untuk menyambung untuk kerja di store dahulu.. Rasanya aku takkan dapat menulis kisah hidup aku ini seperti sekarang.. Dan aku bersyukur atas apa yang telah Allah berikan dan tentukan kepadaku setakat ini..Kita hanya merancang, Allah yang berkuasa menentukan.. Kita semua manusia boleh berubah kecuali orang yang tidak mahu mengubah dirinya sendiri.. Bergantung pada kehendak dan kemahuan individu tersebut..Vespa sekarang dah berada didalam bengkel, siap sedia untuk dicat.. Satu hati nanti pasti aku akan naikkan gambarnya..

Petikan Ar'radu 13:11
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment